Sebab perlu bertukar kepada lampin kain moden (Cloth Diapers)

Tak lama dulu sibuk kes kerajaan haramkan botol susu yg mengandungi BPA. So kebykkn ibu bapa termasuk la aku...sibuk gak le g tukar botol susu ke BPA Free. Brg mainan pun mcm tu jgk...skrg ni kerajaan dh tetapkan mesti ada label ‘’MC’, maksudnya selamat untuk kanak-kanak. Tp, kita tak sedar atau mungkin kita sengaja buat2 tak tahu..kita masih lg membahayakn anak kita dgn memakaikn mereka dgn lampin pakai buang. So, kat bwh ni aku listkan antara kesan2 penggunaan lampin pakai buang (Disposable Diapers-DD)
  1. Kesihatan – lampin pakai buang mengandungi
  •  Dioxin – Dioxin adalah bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen yg bolehmenyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang dibykkn negara. Dlm tuala wanita pun ada benda ni. So better tukar ke cloth pad ye!
  • b.Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
  • TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
2. Ruam Lampin – disbbkn  tindak balas bahan2 kimia di atas di atas ler tu.
3. Asma & Mandul -Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buangmenaikkan suhu sekitar skrotum (buah zakar bayi lelaki anda!) dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang – so, kalau rasa nk bercucu tu fikir2 kan la ye
4 Alam Sekitar - Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.Pernah tak buang sampah 3 hari? sampah apa paling banyak?

5 KOS –

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu RM0.60 X 7=RM4.20 sehari (Jenama medium range-Petpe*, Dryper* etc..Kalau Mamipoko* lagi mahal sekeping)
RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun  RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun  pas2 adik2 dia lg...kalau 3 org anak ?  RM1533 X 3 = RM4599
Kos penggunaan lampin kain (CD): (based on brand yg aku jual)
RM 40 X 12 = RM480...selama 3THN...pas2 bleh pas kt adik2 dia plak. Beli la lebih skit...kot2 hujan ssh nk kering :p

Nak lg senang refer table nie:




Lampin pakai buang (DD)
Lampin Kain Moden (CD)
Anak Pertama

1 hari=RM0.60 x 7 = RM4.20
1 bulan = RM4.20 X 30 = RM126
1 thn RM4.20 X 365 =RM1533
3thn RM1533 X 3 = RM4599

12 X RM40 = RM480
Anak Kedua
RM4599
N/A
Anak Ketiga
RM4599
N/A





Tp secara logiknya mana cukup 12 keping untuk ketiga2 org anak. Beli la lebih skit. Baju pun kalau hari2 guna lusuh dan rosak, sama la jugak dgn lampin ni. Mula2 mmgla rasa mahal, byk duit nak kena keluar...aku dulu pun mcm tu jgk....beratus2 duit habis. Kopak skjp...hujung bulan nk tunggu gaji je dh sengkek. Tp lps tu tiap2 bulan tk pyh nk masukkan lampin dalam budget belanja rumah. Ada bermacam-macam brand CD skrg ni, nak yg mahal..brand2 dr mat Salleh. Aku akui mmg bagus sbb aku ada le beli 2-3 keping. Hehee. Yg murah plak, dari China...dalam RM20 ke RM25 dh boleh dpt. Ok jugak, Cuma kena pandai adjust skit...mudah bocor kalau tk dipkaikn btl2.
Yg aku jual ni pun made in China. Tp kualiti nya tk sama mcm yg murah2 tu...aku boleh jamin 98% kualitinya lebih kurang dgn US Brand ‘Bumgenius’. Aku berani ckp, sbb aku pun ada guna bumgenius ni..mmg tk byk bezanya dr segi kualiti..tp, dr segi harga sekeping CD Bumgenius berharga RM80++, yg aku jual ni ‘Baby Wizard’ paling mahal pun RM43.
so, Tepuk dada Tanya poket...hehehe...

No comments:

Post a Comment