Q & A: Cloth Pad ( Tuala Wanita Kain )


BOLEHKAH CLOTH PAD BOCOR?
Sekiranya anda menggunakan produk yang sesuai dengan kuantiti darah haid anda, ia tidak akan bocor. Semua Snowdrop Cloth Pad mempunyai lapisan kalis air di bahagian bawah dan lapisan penyerap di bahagian tepi untuk mengelakkan kebocoran dari segala arah.

BERAPA KERAP HARUS SAYA TUKAR CLOTH PAD?
Pada hari-hari biasa, pad kami kebiasaanya boleh bertahan selama lebih kurang 3-5jam. Secara umumnya, tukar cloth pad sebagaimana kerap anda tukarkan disposible pad, kerana kuantiti darah haid bergantung kepada individu.

ADAKAH CLOTH PAD & LINER BERBAU SEMASA GUNA?
Tidak sama sekali! Produk kami mempunyai pengudaraan yang sangat baik dan tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh bertindak balas dengan darah haid, jadi tiada bau yang kurang menyenangkan dihasilkan. Darah haid secara sendirinya tidak berbau. Malah cecair kelamin y diserap oleh cloth liner pun tidak berbau.

ADAKAH CLOTH PAD & LINER SELESA UNTUK DIPAKAI?
Ya, ia sangat selesa hinggakan anda mungkin lupa langsung andai sedai memakainya. Bahan kain dalam cloth pad & liner kami dipilih dengan teliti untuk keselesaan maksimum.

ADAKAH IA TERASA BASAH ATAU LEMBAB SEMASA PAKAI?
Tidak, anda akan rasa kering semasa pakai. Cloth Pad & Liner kami direka khas untuk pengeringan yang pantas. Anda akan dapati cloth pad & liner kami terasa kering dalam masa beberapa minit sahaja selepas menyerap cecair.

APABILA MEMAKAI DISPOSIBLE PAD, SAYA MENGALAMI KEGATALAN, RUAM & KEMELECETAN. ADAKAH MASALAH YANG SAMA BERLAKU DENGAN CLOTH PAD & LINER?
Tidak, cloth pad & liner kami dibuat daripada 100% kapas semulajadi tanpa tambahan barang kimia, tidak seperti disposible pad yang mempunyai bahagian plastik & bahan kimia penyerap. Pad kami lemah lembut terhadap kulit anda dan tidak mengakibatkan ruam, sakit kulit gatalan atau sakit kemaluan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHILANGKAN KESAN DARAH & MEMBASUH CLOTH PAD & LINER?
Pembersihan sebenarnya tidaklah sesukar yang anda mungkin fikirkan. Secara umumnya, lebih awal anda bersihkan pad selepas pakai, lebih sukar untuk darah menjadi kering dan meninggalkan kesan yang kekal. Oleh itu, kami menasihatkan agar basuh pad sebaik sahaja selesai guna; sekurang-kurangnya rendamkan pad ke dalam air yang ditambah garam atau detergen jika anda ingin basuh kemudian. Jangan gunakan air panas untuk membasuh pad kerana air panas akan mengekalkan kesan darah pada pad anda. Juga elakkan dari menggunakan berus untuk menghilangkan kesan darah kerana pad akan menjadi rosak.
Untuk langkah pertama, bilaskan pad dengan air untung membuang kesan darah, dan kemudian bilas lagi. Ulang sebanyak mana yang perlu. Anda boleh basuh dengan tangan atau mesin basuh (gunakan laundry bag bersama mesin basuh). Anda juga boleh jemurkan pad di bawahmatahari untuk memudarkan kesan darah, tetapi elakkan jemur sebegini terlalu kerap kerana warna boleh terpudar.

BUKANKAH DARAH HAID KOTOR?
Secara saintifiknya, darah haid adalah steril seperti darah yang keluar sekiranya anda terluka.
(Mengikut agama Islam, darah haid memang perlu dicuci walaupun menggunakan Disposible Pad. Bukankah cloth pad & liner lebih baik kerana selepas mencuci darah anda boleh pakai semula. Lebih menjimat, bukan?)

BERAPA TAHUNKAH BOLEH CLOTH PAD & LINER BERTAHAN?
Ketahanan cloth pad & liner bergantung kepada cara anda menjaganya. Secara puratanya, ramai wanita boleh menggunakan cloth pad & liner yang sama selama 3-5 tahun ataupun lebih.

ADAKAH CLOTH PAD & LINER AKAN KELIHATAN BARU SENTIASA?
Oleh kerana sifat semulajadi kain kapas flannel, cloth pad & liner anda barangkali tidak akan kelihatan baru selepas basuhan pertama atau basuhan yang berikutnya. Jadi walaupun sekiranya kain kelihatan sedikit pudar, anda tidak perlu risau kerana fungsi dan prestasi cloth pad & liner tidak terganggu.


*sumber: Snowdrop Cloth Pad

1 comment: